Pelajar Menderita Sakit Tulang Belakang Mohon Sumbangan Untuk Jalani Pembedahan

07 Jul 2009 | Berita | by | 20 Komen

Thiruspathirao a/l Yangapisveloo pelajar tingkatan lima yang bersekolah di Sekolah Menengah Bandar Sunway, bakal menduduki peperiksaan SPM dalam keadaan sukar akibat daripada masalah tulang belakang yang dihidapnya sejak berumur 10 tahun.

Anak kedua daripada tiga adik beradik ini yang menetap di Desa Mentari, Petaling Jaya lahir daripada keluarga berpendapatan rendah dengan disara oleh bapanya, Yangapisveloo yang bekerja sebagai buruh kilang dan ibunya Sri Ramuloo sebagai guru taska. Adik dan kakaknya juga masih belajar.

Hasil pemeriksaan tulang belakang di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) menggerakkan keluarga ini membuat keputusan untuk menjalani pembedahan tulang belakang bagi memulihkan penyakit tersebut. Pembedahan yang dijadualkan pada Disember ini akan tetap diteruskan bagi memastikan masa depan Thirupathirao terus cerah walaupun kosnya memakan belanja lebih dari RM 20,000.

Kos pembedahan yang begitu tinggi tidak memungkinkan keluarga yang berpendapatan rendah ini menjalani perubatan. Justeru ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam sidang media bersama keluarga pelajar tersebut pada 6 Julai 2009 menyeru kepada orang ramai untuk menyumbang dan menderma bagi membolehkan Thirupathirao menjalani pembedahan tersebut pada Disember ini. Sebarang sumbangan boleh dibuat dengan menghubungi Pusat Khidmat Rakyat DUN Seri Setia di 03-78063660 (Saifullah) ataupun e-mel kepada niknazmi@niknazmi.com.

  • Pingback: Student in need of fund at Bolehland

  • http://tiada abdul rahman rais

    Saya sangat simpati dengan kesakitan yang alami oleh anak ini. Dulu saya juga pernah mengalami sakit tulang belakang iaitu di bahagian Lumber, L3, L4, L5. Akibatnya pinggang saya sentiasa sakit dan kadang kala sakitnya tidak tertahan. Bahagian kaki dari peha, lutut hingga ke betis juga sakit. Apabila berdiri kaki terasa kebas dan macam ada sesuatu yang menarik otot-otot peha saya ke arah pinggul. Pendek kata hidup saya amatlah tidak selesa.
    Saya juga ada berjumpa kawan-kawan yang sama penyakit dengan saya. Doktor memang mencadangkan untuk melakukan operasi untuk membetulkan keadaan tyulang belakang yang bermasalah ini. Tetapi kejayaan pembedahan ini hanya 50:50 sahaja.
    Saya bernasib baik kerana seorang kawan memperkenalkan saya dengan Ceragem Malaysia Sdn Bhd. Syarikat ini beribu pejabat di Korea dan menjual hanya satu produk iaitu Automatic Thermak Massager atau ceragem master. Telah beroperasi di Malaysia selama 5 tahun dengan membuka sekurang-kurangnya 4 centre di lembah Kelang. Di setiap centre terdapat banyak unit ceragem master yang disediakan oleh syarikat untuk di cuba secara percuma. Kita akan diajar oleh guru2 yang berpengalaman untuk menggunakannya hari-hari. Saya telah menggunakan alat ini bermula dari 1 April 2009 hinggalah ke hari ini (sebanyak 91 hari iaitu tolak hari minggu dan hari yang saya ponteng)dengan percuma. Hari ini sakit yang saya alami di atas telah 90% sembuh. Bukan saya sahaja, tapi ramai lagi kawan-kawan yang seperti saya telah juga sembuh.

    Untuk keterangan lanjut saya cadangkan kepada yang berminat menghubungi Ceragem Hq di Kepong ditalian berikut.
    03 62505800 Mariam Naim (Manager)

    jika tuan ingin berkonsi pengalaman dengan saya, hubungi saya di talian 0123221194 (abdul rahman)
    Selamat mencuba. Mana tahu anak ini akan sembuh tanpa perlu dibedah.

    P/S. Ceragem terdapat di 65 negara di dunia dengan 3000 centre percuma.

  • http://tiaraflyanni.blogpot.com tiara lynn

    sakit tulang belakang memang sgt menderita..
    saya juga menghadapi masalah ni dan dalam proses pemulihan..
    semoga tabah menghadapi penyakit ni dik..

  • shukri

    saya simpati dengan pesakit ini, moga dengan laporan ini ramai yg sudi membantu , saya ada terjumpa sejenis kalogen yang boleh merawat tulang dalam tempoh seminggu atau sebelum pembedahan berlaku dimana kalogen ini terus menyerap ke bahagian tulang serta terus merawat tulang menjadikan ia kuat dan membantu urat saraf yg lain berfungsi spt biasa,ramai yg brjaya sblm pembedahan mari kita cuba dulu ,maaf saya x mampu nak sponsor coz harga cuma rm288 shj,kpd yg mampu marilah kita bantu ,0196437996,0126194417 .tq

  • osmansor

    saya syorkan kepada keluaga pesakit ini untuk mencuba kaedah tradisional. Unk pengetahuan, ramai dah yang berjaya dengan kaedah ini dan tidak dinafikan ada juga yang gagal. Kalau berminat untuk mencuba bolehlah hubungi Pak Lang No tel 0134815574.
    sekian, mudah-mudahan ada manafaatnya.

  • Shahrul Bin Idris

    Saya shahrul Bin Idris dari Seremban ingin meminta tolong dari individu-individu yang ada penyakit tulang belakang atau yang sudah sembih dari penyakit ini. Saya kini memang menderita sakit tulang belakang MRI pun saya dah buat tapi doktor kerajaan kata ada satu tulang yang tak berapa baik, Malah saya juga pernah buat XRAY di Nuclear Medicine Centre kat kg baru KL hasilnya doktot kata tak de masalah. Jadi saya pun keliru mana yang betul tapi sekarang ni saya memang sakit tulang belakang yang teramat sangat, kaki ada kebas sebelah kiri, duduk lama terasa sakit, semuanya tak selesa jadi saya meminta tolong individu atau sesiapa yang dah pulih dari penyakit mohon bantu saya dalam menyelesaikan masalah ini..019-6942637 shahrul (N9 Seremban)

  • zaidi

    saya rekomenkan agar saudara/saudari yg mengalami sakit belakang merujuk kepada pusat2 perubatan/ urutan teknologi korea di malaysia, ceragem malaysia sdn bhd. sila rujuk kpd komen saudara abdul rahman di atas.

  • Muhamad Noor

    sabar dik..
    saya salah seorang pesakit tulang belakang (setelah dikesan dengan proses MRI)yang agak kritikal sehunggakan saraf tunjang menjadi halus dek dihimpit oleh disc L4-L5…
    Alhamdulillah sekarang semakin baik dalam 90% baik. Mangikut seorang pakar yg telah saya jumpa ada sesetengah pesakit akan dapat sembuh dengan sendiri dalam masa 2-3 bulan tanpa perlu menjalani pembedahan dan syukur saya salah seorang darinya.

  • sharifah Abdul Rashid

    HArap tuan puan yg menghadapi masalah tulang belakang tidak berputus asa. Rawatan urut katil Ceragem dari Korea telah banyak membantu masalah tersebut tanpa perlu menjalani pembedahan.

    RAwatan ceragem adalah percuma dan kini sudah mempunyai 9 centre utk rawatan di Semenanjung Malaysia. Berkunjunglah kesalah satu pusat tersebut, mudah-mudahan segala kesakitan sembuh atau berkurangan.

  • Noor Ilyana Bt Hasnan

    Boleh saya tahu? Rawatan ceragem dari Korea ni ada tak d negeri Pulau Pinang. Saya pun sedang mengalami sakit tulang belakang. Pada mulanya saya ingat sakit biasa saja sbb sakitnya dibahagian punggung. Saya sudah mengalaminya dari awal tahun lg.Bila ke klinik doc kata hnya urat saja. Sehingga lah pd bulan Oct. baru2 ini saya tak tertanggung lg sakitnya..kaki kira sentiasa merasa kebas. jd saya pun mengambil keputusan pergi ke hospital swasta. selepas MRI doc mengesahkan tulang belakang saya di bhgian L4 L5 ada masalah. Skrg ini saya sedang mwnerima rawatan fisio. Tetapi setelah sebulan rawatan fisio saya masih sakit2 lagi. Saya pun sudah buntu, doc mengesyorkan saya membuat pembedahan. Saya betul2 mahu sembuh dr sakit ini.

  • M.Pauzi

    Ceragem ada di georgetown penang di alamat No 98-3A-45 Prima tanjung Bisness center jalan fettes tanjung bungah penang. Tel : 04-8991508…semoga usaha berhasil..

  • muadz

    salam..boleh saya tahu alamat ceragem centre dekat area kl dan selangor…

  • muadz

    salam ,,boleh saya tahu alamat ceragem centre dekat area kl n selangor…tq

  • Mycera82

    ceragem subang jaya SS15-mariam/0356345151
    ceragem pj SS2-yasmin
    ceragem ampang
    ceragem cheras
    ceragem setapak

  • nur nadia nabihah

    saya bru dpt yg saya ada tulang bengkok..kata juru x ray kemungkinan dri kecil…semasa sya di plkn saya pernah jatuh tngga.. dan pernah 2 kali bdn belakang saya di duduki oleh kwn2 saya dgn x sengaja..semasa di sana sya x mendptkan sebrg rawatan..skrg saya menderita dgn sakit itu..sya x boleh duduk tempat yg rata atau keras..
    sya x boleh duduk dlm masa yg lama..kadang kala semasa sya berdiri pun sakit itu akan muncul..sakitnya teramat sgt sehinggakan sya akn menangis..sakitnya smpai ke tenggkok..saya perlukan nasihat..sape yg boleh bantu sya hrp boleh call saya 0178265154..
    saya harap tidak ada yg call sya utk mempermainkan sya..

  • Hanida Hairduin

    salam

    boleh tk saya tahu skit bhgian mane?
    sbb sekrg ni sya sakit bahagian pinggang jugk
    sya igtkn ia akan baik bile mkn ubt tp ia berlarutan hingga hari ini
    hampir seminggu lebih saya tanggung kesakitan
    bile pegi klinik doktor tk leh buat pape hanya memberi ubt sahajasaya sebagai pelajar sukar utk tumpu pd pelajran saya krn tidak selesa bile duduk..nk solat pn sukar utk rukuk..mmg perik kesakitannya

  • Aznilhanny95

    sy juga mempunyai masalah tulang belakang ….tulang belakang berbentuk s…adakah kaedah rawatan dari korea dapat menyembuh kan penyakit ini?

  • Aiman

    Assalamualaikum, Saya ada Ceragem ni dekat rumah.. Memang terbaik lar benda ni sebab ianya menggunakan Infra Red.. Sangat baik untuk orang yang mengalami sakit pinggang belakang. Sekarang ni saya nak jual sebab mak saya dah xpakai dah.. RM7000. Alhamdulillah, ianya masih elok dan boleh digunakan dengan baik. 
    Siapa nak beli boleh call saya 0193772573 ataupun boleh email di quadrible3@hotmail.com  okay?

  • Bushra

    Salaam. saya baru saja mendapat kan Terapi Ceragem percuma di bandar Baru Puchong. Mula nya terasa sakit urutan panas batu jade yang bergerak dari pinggul ke kepala, tapi kemudian nya Alhamdulillah, selesa. Tambahan pula hari ini di tambah rawatan extra batu batu jade panas yang lebar di letak atas lutut. Terapi ni percuma saja.

  • faza al-qadree

    saya ada masalah yang ama..tp bukan aya yang sakit..UMI saya yang sakit..tulang L4 dan L5..sedih tgk keadaan umi..saya nak cuba sgt produk ni..kami sekeluarga kalau boleh xnak umi di bedah..sebab banya kesan sampingan.. :”(

Beli Buku Saya

Mendepani Zaman Moving Forward
Beli Buku Saya: Mendepani Zaman - Melayu untuk Abad ke-21 RM24.90 dari Kinibooks
Buy My Book: Moving Forward - Malays for the 21st Century RM24.90 from Kinibooks

Blogroll

Main