Sebuah pertubuhan baru, Sepakat @ Common Ground buat julung-julung kalinya mengadakan Forum Sepakat: Krisis Politik di Selangor dan Perak serta Masa Depan Politik Malaysia pada 8 malam 6 Mac lalu di Menara PKNS Petaling Jaya.
Panelis terdiri daripada Professor Dr. Abdul Aziz Bari dari Universiti Islam Antarabangsa; Nik Nazmi Nik Ahmad, Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor dan ADUN Seri Setia; dan Ibrahim Suffian, Merdeka Centre.
Dengan kehadiran penuh kira-kira 70 orang, Dr. Aziz Bari menekankan bahawa krisis politik di Perak melihat bagaimana sesetengah pihak yang begitu ghairah merampas kuasa mengabaikan terus prinsip perlembagaan. Kini krisis perlembagaan timbul apabila kedudukan Speaker cuba diganggu gugat sedangkan mereka diluar bidang eksekutif mahupun mahkamah.
Nik Nazmi pula memberi konteks Raja Berperlembagaan bukan sahaja dari sudut sejarah perlembagaan malah sejarah budaya Melayu. Beliau menegaskan kelebihan konsep ini ialah wujudnya Ketua Negara yang tidak terikat dengan politik, tidak seperti Ketua Kerajaan. Peranannya dalam memelihara perlembagaan, menguruskan hal-ehwal agama Islam dan sebagainya cukup bernilai. Oleh itu tindakan sesetengah pihak mengheret institusi Raja Berperlembagaan ke dalam kancah politik merupakan satu kesilapan besar.
Pada masa yang sama, Nik Nazmi menekankan agar rakyat akibat kecewa dengan tahap politik hari ini mengambil sikap tidak ambil tahu tentang politik. Bagi menangani krisis ekonomi sekalipun, kuasa politik itu perlu. Yang penting ialah politik harus diperjuangkan dalam ruang lingkup perlembagaan.
Sementara itu, Ibrahim Suffian pula menegaskan umumnya pendapat kaum Melayu kini berbeza mengikut generasi di mana generasi muda majoriti besarnya menyokong Pakatan Rakyat. Menurutnya, sebarang pilihan raya yang diadakan di Perak hari ini akan memperlihatkan keputusan yang cukup dekat antara Pakatan dan BN.
Di pertengahan program, Nik Nazmi diberi penghormatan melancarkan Sepakat @ Common Ground. Sebuah pertubuhan anak-anak muda, Sepakat menekankan empat prinsip: kedaulatan undang-undang, gagasan perubahan ke arah kecekapan tadbir urus, kelangsungan Islam dan demokrasi serta pembangunan mampan yang sejajar dengan kepentingan alam sekitar.


[...] wanted to put in a late blog entry on a forum I attended last Friday night, on the crises in Perak and Selangor, featuring Nik Nazmi, Prof. Aziz [...]
March 10th, 2009 at 10:53 amSalam YB Nik Nazmi,
I was there at the event last Friday. I used to stay at SS7 KJ, and voted for you in the last election. Certainly am very happy to know that we have chosen a bright and capable man to the state government.
Keep up the good work and do update us on your future activities.
Zaki
March 12th, 2009 at 9:54 pmsecara intelek, tiada yang betul dan tiada yang salah dalm memberi pendapat kerana pendapat manusia subjektif.
April 28th, 2009 at 2:21 pmNak tahu, siapa boleh terangkan apa dia tu budaya Melayu?
dan yang mane nak ikut?