Kolum saya di Malaysian Insider: Cabaran Terbesar Generasi Kita

21 Nov 2008 | Articles, Current Affairs | by admin | 10 Komen

Mohamed Nasheed umpama Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Nelson Mandela bagi Maldives. Beliau pernah dipenjarakan sebanyak 23 kali, diseksa dan ditahan berseorangan selama 18 bulan oleh Kerajaan bekas Presiden Maumoon Abdul Gayoom yang menerajui pemerintahan satu parti selama puluhan tahun. Akhirnya, selepas Gayoom terpaksa akur kehendak rakyat untuk perubahan dan mengadakan pilihan raya umum, Nasheed dipilih sebagai Presiden menewaskan Gayoom sendiri.

Di dalam temubual bersama akhbar Britain the Guardian baru-baru ini, Nasheed mengumumkan Kerajaan Maldives akan melabur sebahagian dari pendapatan pelancongan pulau kecil tersebut untuk membeli tanah sebagai “insurans” sekiranya Maldives ditenggelami Lautan Hindi akibat pemanasan global.

Maldives merupakan sekumpulan 1,192 pulau-pulau atoll dan merupakan negara terkecil di Asia, di samping negara Islam terkecil di dunia. Sejumlah 350,000 orang mendiami Maldives. Lebih istimewa, Maldives merupakan negara terendah di dunia — puncak tertinggi di kepulauan tersebut cuma 2.3 meter dari aras laut. Ini mendedahkan Maldives kepada pemanasan global yang akan meningkatkan paras laut.

Bekas Naib Presiden Amerika Syarikat, Al Gore yang popular dengan dokumentari pemanasan global “An Inconvenient Truth” juga baru sahaja mendesak bakal President Barack Obama yang baru dipilih untuk mencuba mendapatkan 100 peratus sumber tenaga dari sumber boleh diperbaharui dalam tempoh sedekad akan datang. “Apabila Presiden Kennedy boleh mengisytiharkan rancangan ke bulan dalam sepuluh tahun, ramai yang mengatakan ia mustahil.”

Di dalam buku terbarunya, “Hot, Flat and Crowded”, kolumnis New York Times Thomas Friedman menyatakan menjadikan misi utama Amerika untuk turut serta di dalam revolusi tenaga boleh diperbaharui bukan sahaja penting bagi menyelamatkan dunia, tetapi mampu memainkan peranan penting di dalam menjana pertumbuhan ekonomi Amerika. Beliau mungkin menulis buku tersebut sebelum krisis kewangan Amerika, tetapi awal minggu ini Obama menegaskan komitmennya melaburkan AS$15 bilion setahun dalam sektor tenaga boleh diperbaharui:

“Pelaburan ini bukan sahaja akan mengurangkan pergantungan kita kepada minyak import, sekaligus menjadikan Amerika lebih selamat. Dan bukan sahaja ia akan menjamin masa depan tenaga bersih, menyelamatkan planet kita. Pelaburan ini juga akan mengubah industri-industri kita dan membolehkan negara kita bangkit dari krisis ekonomi dengan menjana 5 juta kerja baru yang lumayan dan tidak boleh dipindahkan ke luar negara.”

Saya fikir Malaysia pun wajar menceburi bidang ini. Kebelakangan ini, pertumbuhan Malaysia semakin bergantung kepada hasil petroleum, hingga lebih kurang 40 peratus. Sektor pembuatan negara terperangkap — gagal menarik nilai tambah seperti di Korea, Taiwan atau Singapura dan pada masa yang sama gagal bersaing dengan kos upah rendah seperti di Indonesia, Vietnam atau China. Usaha menceburi bidang teknologi maklumat dan biotech masih belum membuahkan hasil yang benar-benar mampu memberi lonjakan kepada pembangunan negara.

Di dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor baru-baru ini, ketika perbahasan Halatuju Pembangunan Negeri Selangor 2025 saya menekankan bagaimana Selangor boleh memimpin usaha ini. Syarikat pembuat panel solar terbesar dunia, Q-Cell dari Jerman sudahpun melabur kira-kira RM5 billion bagi membuka kilang mereka di Selangor tahun ini. Selain itu negeri-negeri lain turut menarik pelaburan dalam industri solar dari pelabur-pelabur asing. Saya mengiktiraf bagaimana Kerajaan Persekutuan ada memberi galakan menerusi pengecualian duti import dan cukai jualan bagi peralatan fotovoltaik solar dalam Bajet 2009. Namun usaha itu sahaja tidak mencukupi — saya mencadangkan Kerajaan Negeri Selangor bersama Tenaga Nasional Berhad, Suruhanjaya Tenaga dan Universiti Industri Selangor menggiatkan penyelidikan di dalam bidang ini untuk dikomersialkan.

Malaysia mempunyai banyak potensi untuk kehidupan mampan atau “sustainable living”. Matahari yang terik sepanjang tahun dan hujan lebat yang boleh diguna semula menerusi “rainwater harvesting” adalah antara aspek-aspek yang boleh membantu usaha menggunakan tenaga boleh diperbaharui dan melahirkan suasana mesra alam.

Tetapi perubahan begini sememangnya bukan mudah dan memerlukan keazaman politik yang tinggi. Ironisnya, khazanah yang dikurniakan Allah s.w.t. di dalam bentuk hasil petroleum mungkin menjadi satu sumpahan, atau apa yang dipanggil “resource curse”. Banyak Negara pengeluar hasil mentah yang tidak melaburkan kekayaan mereka untuk meningkatkan ekonomi mereka, sebaliknya hidup secara mewah dengan kekayaan yang ada. Lihat sahaja kebanyakan negara-negara Arab. Negara Belanda juga turut mengalami situasi ini selepas mereka membangunkan hasil gas mereka pada tahun 1960an hingga mereka alpa dan mengabaikan sektor pembuatan di negara mereka — akhirnya timbullah istilah “Penyakit Belanda”.

Petroleum yang ada di dalam perut bumi kita tidak akan kekal selama-lamanya. Sekiranya kita tidak melabur perolehan dari kekayaan ini di dalam industri mampan yang menambah nilai kepada ekonomi kita, anak cucu kita akan menyumpah kita kerana membazirkan pemberian Allah s.w.t. Kita harus ingat, setiap krisis ada peluang disebaliknya. Kini krisis ekonomi dan pemanasan global menimbulkan peluang untuk kita menjana ekonomi kita dalam sektor baru di samping mengurangkan pergantungan kepada tenaga bahanbakar. Anak cucu kita tentu bertanya, mengapa kita tidak mengambil peluang ini?

10 Komen

  1. Cabaran terbesar generasi kita | AnwarIbrahimClub.com:

    [...] niknazmi Related Post : None Found var AdBrite_Title_Color = ‘E1771E’; var AdBrite_Text_Color = ’4C4C4C’; var AdBrite_Background_Color = ‘FFFFFF’; var AdBrite_Border_Color = ‘FFFFFF’; var AdBrite_URL_Color = ’4C4C4C’; nuffnang_bid = “ecf9ade00dc03e5458efa8aff498ab45″; adv_username = “iklan.aic”; adv_gid = “iklan.aic_default”; adtype = “165×240″; [...]

  2. lanwm:

    nice one, not many local politicians talk about this pressing issue

  3. IZD:

    Salam dan tahniah saya ucapkan pada YB Nik Nazmi kerana membangkitkan isu ini. Saya berminat berbicara tentang perkara ini.

    Tahniah kerana menjadi ahli politik yang bukan sahaja peka terhadap perkembangan sosial, ekonomi dan masyarakat, tetapi juga peka terhadap perkembangan semasa alam sekitar di malaysia dan dunia.

    Pada pandangan saya, usaha untuk menyelamatkan alam ini perlu dilakukan dengan segera dan lebih serius oleh kerajaan pusat, semua kerajaan negeri di malaysia dan seluruh rakyat jelata. Kita tiada masa lagi utk bertangguh dalam hal ini.

    Alam yang kita tinggal ini semakin lama semakin uzur untuk diduduki. Lapisan ozon semakin menipis, pemanasan global semakin menjadi-jadi, hujan acid dan lain-lain lagi masalah alam.

    ‘Sustainable development’ semakin dilupakan,hanya kerana matlamat keuntungan melampau oleh kapitalis-kapitalis di seluruh dunia. Selain dari kapitalis-kapitalis, mungkin juga masalah ini makin menjadi/parah melalui penglibatan aktif para ahli politik yang korup.Contoh paling mudah, pembalakan. Saya harap PR tidak tergolong dalamnya.

    Jadi, apa yang boleh kita lakukan sebagai generasi muda (p/s: saya pun masih muda)untuk menyelamatkan atau sekurang-kurangnya mengurangkan kesan kerosakan alam ini.

    Saya setuju dgn YB mengenai cadangan menggalakkan pelaburan kilang tenaga solar di selangor. Salah satu sumber tenaga yang boleh diperbaharui ialah tenaga solar. Ya, melalui pembinaan kilang solar di selangor, ia sudah tentu dapat menyediakan peluang pekerjaan dan ekonomi kepada penduduk tempatan. oleh yang demikian, sudah tentu taraf hidup mereka meningkat dan makin berkuranglah kadar kemiskinan di selangor.

    Namun, adakah tenaga solar benar-benar berkesan dalam mengantikan sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui seperti petroleum dan arang batu? Adakah ia benar-benar mampu menggantikan sumber tenaga seperti petroleum dalam tempoh masa yang singkat, misalannya 5 tahun? Adakah kos membangunkan sumber tenaga solar benar-benar berbaloi/reasonable berbanding kos membangunkan dan menguruskan reservoir-reservoir petroleum? Fikirkan sejenak.

    Pada pandangan saya, usaha ini bukan sahaja memerlukan tekad politik yang tinggi, tetapi tekad wang juga sangat tinggi, dalam konteks tenaga solar. Cuba renungkan, kos satu kilang solar sahaja sudah mencecah nilai berbillion dollar. Belum lagi kos untuk meletakkan kemudahan solar di seluruh negara. Apa akan jadi dengan kemudahan stesen-stesen minyak yang ada ketika ini sekirannya petroleum ditukar kepada solar, misalannya. Dapatkah kita mengubahsuai stesen-stesen minyak dan kilang penapisan minyak menjadi stesen kemudahan solar awam dengan mudahnya?Dan pelaburan berbillion utk solar ini bukannya dapat dikembalikan dalam tempoh masa yang singkat. Fikirkan juga.

    Jadi, kita perlu memikirkan kepelbagaian sumber tenaga baru, bukannya menafikan kepentingan sumber tenaga blh diperbaharui. Biodiesel, Bioethanol, gas Hidrogen, teknologi air, angin dan barang terbiodegrasi adalah contoh kepelbagaian sumber tenaga baru.Mungkin, solar sesuai digunakan untuk pemanas air dan sumber elektrik, namun kurang sesuai digunakan untuk automobil. Kereta solar masih berada di peringkat R&D dan rasanya masih lama lagi kita untuk memiliki kereta solar normal. Jadi, kita gunakan kepelbagaian sumber tadi, untuk kenderaan, kita gunakan Bioethanol dan Biodiesel. Untuk elektrik, kita gantikan sumber penjanaan dari arang dan petrol dgn tenaga solar dan tenaga air ataupun angin. Untuk plastik tidak terbiodegrasi dari petroleum, kita gantikannya dgn plastik terbiodegrasi.Sekurang-kurangnya, kita dapat kurangkan penggunaan sumber tenaga tidak blh diperbaharui dnegan lebih cepat dan lebih menjimatkan.

    Melaui kepelbagaian ini, sudah tentu lebih ramai orang dapat terlibat dalam usaha menghijaukan dan merawat bumi ini. Ya, cuba bayangkan, kos untuk pemanas air solar masih tinggi dan bukan semua orang mampu memilikinya. Mungkin, di luar negara maju, tiada masalah. Kepelbagaian ini juga menjadikan tenaga baru sebagai mampu milik dan mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan sumber tenaga tidak boleh diperbaharui.Ini kerana kos utk biodiesel, bioethanol, dan plastik terbiodegrasi adlah lebih kurang sama dengan pesaingnya yg merosakkan alam. Dan mungkin menjadi lebih murah melalui economy of scale. Dan kos utk proses tranformasi pun akan berkurangan dan membolehkan pelaksanaan yg lebih menyeluruh.

    Ini baru sebahagian dari pandangan saya. Saya masih mempunyai banyak idea utk dikongsi, namun segan dan tidak mampu utk menulis kesemuanya dalam blog YB. Yalah, ini blog YB. Kalau blog saya, tidak mengapa. Dan saya berminat untuk turut serta dalam gerakan YB untuk membawa pembaharuan dalam usaha kerajaan menangani masalah alam yang menjadi-jadi ini.Bagi saya, ilmu yang saya miliki dalam 2 jenis sumber tenaga boleh diperbaharui perlu disumbangkan segera dan dgn lebih meluas untuk kebaikan sejagat. Tambahan pula, dunia makin parah dan tunggu masa saja utk Maldives tenggelam. ‘We need a reform in environment’.

    p/s: bagi saya, usaha ini perlu segera dilakukan dan diharap selangor dapat menjadi penerajunya, seperti harapan YB. Terima kasih kerana sudi membaca.

  4. Peter:

    Berita baik!!!!! Dari hari ini, Good news everyone. From now on, Majlis Perbandaran akan bertanggung-jawab kepada penghuni!!!!!

    Good news everyone. From now on, town councils will be accountable to residents!!!!!

  5. Karunagaran Rajagopal:

    Devolution of Power & Sharing Of Income.
    It’s worth to note that in tha last 50 years, the Federal Government has become increasingly more & more powerful, with powers concentrated with the Ministers & DG’s to make arbirtary decision without recourse of the judicial review for the individual.Check & Balances are basically non existent. Parliment has become a whorehouse for the ruling party. LIberty is at the mercy of the state. It seems our democracy is closer to Russia than UK in example.
    Even India has far much better democratic institution & laws to check & balance the executive. The Indian Federal Government redistributes 23% of revenues back to the individual states which the states are entitled.
    In the UK parlimentary select committees exist to vet & pass law proposals & budgets before forwading to parliment for debates. The Government ministries are answerable to these commitees. They hold public hearings on issues affecting the nation.
    There’s multitude of avenues for the individual who has been aggreived by the government or otherwise to seek recourse or remedies. Finally there’s a judiciary which acts on justice.

  6. Sosialis Kanan:

    Assalamualaikum Nik,

    Dari segi niat dah betul cuma mekanisme harus diperhalusi. Dalam keadaan begini, pembangunan neo-liberalisme harus ditolak.

    Perkara pokoknya tetap perlu kita tangani masala ekonomi di peringkat akar umbi dahulu ya’ni dari sudut kefalsafahan rakyat dalam menilai makna kebahagiaa, pembagunan etc.

  7. anakgajah:

    terima kasih YB.
    entry kali ini bagus untuk manusia macam saya yang kurang ilmu. bertambah sedikit pengetahuan saya setelah membaca blog YB.

    chaiyokk ;)

  8. khairul:

    berapa kos utk pemasangan tenaga solar kat umah? macam mana?
    kenapa tenaga solar yg free tu tak diperkenalkan secara besar-besaran kat negara kita.
    minyak petroleum pun dah nak abis. kalau di 100% penggunaan tenaga sumber asli macam solar, angin, ombak ke, kan bagus?

    petroleum boleh la gak di’panjang umur’kan.

    lagi satu tenaga solar ni…kan bagus bagunan2 pencakar langit tu pasang panel solar, boleh dapat kos percuma utk elektrik.

    tak boleh ke benda ni dipercepatkan dan apply kat satu malaysia.

  9. khairul:

    selain tu…kalau lah industri2 di malaysia ni gunakan tenaga solar, maka kos elektrik terang2 akan kurang drastik dan untung boleh buat lebih.

    tak paham kenapa rakyat kena paham apa itu tnb dan bila tnb nak naikkan tarif rakyat mula mengeluh. sedangkan kalau lah kita explore tenaga solar dengan agresif so rasanya boleh la settle masalah2 yg tak sepatutnya menjadi masalah.

  10. iena:

    slm…
    cdgn2 sprt ini amat baik untuk mncri alternatif terbaik bagi sumber tenaga negara pada masa akan dtg..
    tenaga solar mungkin berpotensi dan lebih baik bbnding dgn sumber tenaga yg..sbg cnth biomass brasaskn kayu yg mmrlukn kluasn sumber hutn yg luas, atau 8 juta aym jika brasaskn najis haiwn…dsbnya.

PENDAPAT ANDA?