Nik Nazmi Hargai Peranan KAFA

19 Nov 2008 | Berita | by admin | 3 Komen

Sepanjang hari minggu yang lepas Nik Nazmi Nik Ahmad, selaku Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia merangkap Setiausaha Politik Menteri Besar telah meluangkan masa bersama guru dan pelajar KAFA di dalam program yang pelbagai. Program tersebut termasuklah Majlis Penyampaian Hadiah KAFA Nurul Yaqin,SS7, Majlis Hari Kecemerlangan Pelajar Sekolah KAFA Integrasi Anggur Al Amin dan Majlis Penyampaian Hadiah KAFA Integrasi Ar-Rahmah.

“Islam menitik beratkan pembangunan palajar secara holistik baik dari segi akademik, rohani, jasmani dan sakhsiah, justeru guru-guru KAFA menjadi agen penting bagi mencapai matlamat tersebut”, petikan ucapan Nik Nazmi yang di sampaikan di dalam Majlis di KAFA Integrasi Anggur.

Nik Nazmi menekankan kepentingan sekolah-sekolah KAFA untuk mendidik anak-anak dengan pendekatan yang mengambilkira cabaran hari ini.

Tetapi beliau juga menyeru ibu bapa bersama-sama pimpinan masyarakat, jemaah masjid dan juga pihak berkuasa memainkan peranan bersama memandangkan guru semata-mata tidak mampu membentuk sahsiah mulia anak-anak.

Sebagai bantuan menaiktaraf kemudahan asas, Nik Nazmi mengumumkan sejumlah RM30,000 dari peruntukan beliau pada tahun depan akan diberikan untuk projek-projek kecil di sekolah-sekolah KAFA DUN Seri Setia. Komitmen beliau disambut baik ibu bapa dan guru-guru yang turut serta.

Nik Nazmi juga turut serta di dalam Majlis Perjumpaan Bersama Guru-Guru KAFA seluruh Selangor pada Isnin yang lepas bersama YAB Dato’ Menteri Besar Selangor Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim dan YB Datuk Seri Anwar Ibrahim.

3 Komen

  1. Jeffripower:

    Salam YB…
    Bagi saya, penghargaan YB dan kerajaan negeri Selangor terhadap peranan KAFA bagus cuma gaya bahasa YB nampak macam riak sikit. Bukan apa, bila dah riak, takut tak berkat je. Tak ke sia-sia… Jangan marah noo…

  2. apiz:

    Alhamdullilah dibantu.Tapi kerajaan sebelum ni tak bagi bantuan ker?Ada.Cuma jumlah bantuan yang diberikan sekarang telah meningkat seiring kenaikan kos hidup.Tiada apa yang perlu dibanggakan.

    Saya tidak nampak satu pendekatan polisi baru kerajaan Selangor dalam meningkatkan penguasaan ekonomi bumiputera. Cuma bantuan/derma itu sahaja. Wujudkan kerangka kerja yang jelas dan baru dan bukan hanya mengikut apa yang UMNO/BN wujudkan dan laksanakan sebelum ini.

    Tunjukkan identiti PR. Dulu kata semua yang dilakukan UMNO/BN salah dan x betul.Skrg cuba wujudkan satu yang baru.

  3. Muz:

    Kita terasa bahasa dia macam riak kerana kita sangka dia sendiri yang tulis. Tapi bukan dia yang tulis, tapi tu admin yang jaga website ni yang tulis.

PENDAPAT ANDA?