Kerajaan Negeri Selangor Naikkan Gaji Guru KAFA ke RM1000

18 Nov 2008 | Current Affairs, Religion | by | 17 Komen

Semalam dalam Majlis Perjumpaan Bersama Guru-Guru KAFA seluruh Selangor, Dato’ Menteri Besar Selangor Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan kenaikan gaji mereka dari RM738.30 ke RM1000, sementara Penyelia KAFA mendapat kenaikan dari RM1112.00 kepada RM1500.

Majlis di Stadium Melawati yang dihadiri kira-kira 6,000 guru-guru KAFA turut dimeriahkan dengan kehadiran YB Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyampaikan ucaptama selain exco-exco termasuk YB Dato’ Dr. Hassan Ali, YB Yaakob Sapari, YB Rodziah Ismail, YB Dr. Halimah Ali, YB Dr. Xavier Jayakumar; Pengarah JAIS Dato’ Khusrin Munawi dan wakil-wakil rakyat seluruh Selangor.

Dalam ucapannya, Anwar menekankan peranan guru-guru KAFA dalam membentuk aqidah, akhlak dan sahsiah generasi muda negara. Beliau turut menegaskan komitmen Pakatan Rakyat dalam mempertahankan peruntukan Perlembagaan termasuk kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu, Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan, kedudukan Raja-Raja Melayu dan Islam sebagai Agama Persekutuan.

  • Jeffripower

    Kenaikan gaji guru KAFA memang wajar dan patut dilakukan berdasarkan tanggungjawab sebagai seorang guru Kafa adalah mulia kerana mereka membentuk Aqidah, akhlak dan sahsiah golongan muda. Ia memang wajar cuma tindakan PR seolah-olah seperti mahu menunjuk-nunjuk bahawa kerajaan negeri Selangor bawah pimpinan mereka bagus. Atau mungkin untuk mengambil hati rakyat supaya terus menyokong mereka…

  • jasmin

    Sepatutnya kita bersyukur sekurang-kurangnya ada pihak yang ingin menjaga kepentingan guru2 KAFA ini. Usaha ini tidak harus dipandang sebagai menunjuk-nunjuk atau mengambil hati rakyat. Fikiran yang cetek dan tidak matang ini akhirnya akan membawa kepada kemudaratan berbanding kemakmuran.

  • apiz

    Jasmin,
    Sebelum ni kita diajar supaya tak bersyukur juga oleh pembangkang. Cuba lihat balik dari kenyataan dibuat pemimpin kesayangan anda sebelum ini. Memang tanggungjawab kerajaan untuk membantu rakyat.Tiada hebatnya.

    Kalau nak menasihat,tolong nasihat orang yang berpolitik k khususnya DSAI tu.Banyak kondemn dari memberi pandangan membina.Orang x setuju dgn pandangannya mulala marah.

    Tolong buktikan yang anda semua mengambil berat tentang golongan bumiputera.Nasib bangsa dan agama.

  • Mohd Noor Haji Jaafar

    Kenaikan gaji guru KAFA memang patut dan wajar kerana mereka mendidik anak anak kita serta membentuk Aqidah, Akhlak dan Sahsiah pada golongan remaja. Sepatutnya kita harus bersyukur dan tidak mempertikaikan keikhlasan kerajaan PR Selangor untuk membantu golongan ini. Mereka ini sudah lama terabai di bawah Umno/BN dan perlu mendapat pembelaan sewajarnya

  • shasha

    umat ISLAM selangor TIDAK boleh digula-gulakan dengan RM1000. kami bukan bodoh!!! tutup dan jaga mulut exco2 bukan islam yg biadap dan kurang ajar!!! apa peranan exco Islam dalam DUN setakat sogok mulut umat melayu islam selangor dengan RM1k?? apa pulak tetiba DSAI muncul bagi ucapan kat situ? dah hilang akal apa?? kerajaan pakatan rakyat dah tak adae orang lain atau exco yg layak?? inilah yg dikatakan po,litik desperado pakatan rakyat. dah takde orang yang laya, DSAI je taruh!!! politik murahan 1 ribu..

  • senandung

    rezeki tlh dijanjikan oleh Allah s.w.t,rezeki d bumi ini telah disediakan oleh Allah s.w.t,d mana rezeki itu kita makhluk yang perlu berusaha mencarinya.tangan yg d ats lbh baik dr tangan yg d bwh.org memberi kita menerima dng berkata alhamdulillah selagi rezeki itu halal.KENAIKAN GAJI KAFA ADALAH REZEKI DRP ALLAH D ATS DOA2 HAMBANYA DAN HASIL USAHA HAMBANYA. FIRMAN ALLAH YG BERMAKSUD “ALLAH MENGANGKAT DARJAT ORG2 YG BERIMAN D KALANGAN KAMU DAN ORG2 YG DKURNIAKAN ILMU BEBERAPA DARJAT.

  • ina

    kalau guru kafa selangor dapat kenaiakn bagaimana pula nasib guru kafa di negeri adakah nasib mereka terbela contoh kerajaan negeri pulau pinang memberi janji akan menaikan elaun kafa sebanyak RM100 tetapi hanya RM 50 saja yang diterima . apa nak jadi dengan PR.

  • Mohd Yussof Ismail

    Saudara Apiz dan Saudari Shasha, Kenapa nak emotional sangat. Kalau ye pun anda penyokong kuat UMNO, usahlah nak pertikaikan kenaikan itu. Kita patut lihat dari aspek kebajikan kepada guru-guru KAFA. Mereka yang mengajar anak-anak kita tentang agama bagi mengenal Allah sewajarnya dibela dan diberi imbuhan setimpalnya. Mereka juga mempunyai keperluan yang perlu dibeli serta perlu menjalankan tanggungjawab kepada keluarga. Kita patut berterima kasih dengan kenaikan ini kerana UMNO yang telah bertapak begitu lama dan diterajui oleh orang Melayu Islam tidak terlintas untuk menaikkan taraf hidup guru-guru KAFA. Malah nak disekat lagi dengan memotong peruntukan. Mungkin anda berdua juga suka kalau Islam itu disekat…… Tepuk dada tanya IMAN.

  • Sam

    saudari shasha,
    Ingatlah,semua yang baik adalah dari ALLAH.Janganlah saudari
    mempertikaikan hak Guru KAFA.Itu rezeki mereka untuk mencari sesuap nasi demi untuk menyebarkan ilmu ALLAH.Tugas mereka adalah mulia.Pernahkah saudari mengajar anak 2 (kalau dah beranak) membaca Al Quran.Bila kita sudah kembali ke rahmatullah,siapa akan membaca Yassin utk kita jika anak2 sendiri tidak mengenal kitab suci.Purata Guru2 KAFA adalah mereka yang tiada pekerjaan tetap dan boleh di golongkan dlm kategori miskin (pendapatan di bawah RM 500 ).
    Saudari sepatutnya bersyukur kerana saudara seagama di berikan rezeki lebih,bukan berhasad dengki).Nauzubillah.

  • Bad

    Shasha,

    Kenapa bila kerajaan mengumumkan kenaikan gaji dan bonus kakitangan kerajaan,saudari tidak mengatakan bahawa kakitangan kerajaan tidak boleh di gula2 kan.Adakah sebab saudari penyokong kuat UMNO?
    Renung2kan!

  • http://anakbangsamerdekablogspot.com mahasiswa

    alhamdulillah….kite sepatutnyer bersyukur dengan kenaikan ini….ini rezeki yang tuhan bagi….kepada yang membantah tu bertaubat la….fikir fikirkan samaada bagi bantuan ke guru agama atau memberikan kemudahan kepada kemaksiatan judi dan arak sekarang…..jangan lah berdolak dalih mencari kesalahan pihak yang membuat kebaikan…semua itu akn dicatat dan dibicarakan di alam hisab nanti…

  • lala

    salam 1 malysia,kami guru2 kafa dri sarawak juga ingin kan kenaikan elaun,tetapi kami masih belum mendapat perhatian dri pihak kerajaan,pelbagai rayuan sudah dilakukan,tetapi blom mendapt sebarang perubahan,sudah berthun2…kadar kelas kafa di srwak blom memberngsangkan kerna sistem yg menentu……rayuan dri kmi ialah,masa jam mngajar yg sedikit.kerna dlam sebukan hari yg bnyak…….membuatkan kami mgajar tnpa dibayr,kerna murid2 sedia maklum setiap mggu kelas akan diadakan tatpi kmi tidak mendpat apa2 pun dri itu….guru kafa di sarawak dan sabah sudah mencapai golongan miskin dgan elaun sebanyak rm 500 kebawah…..plizzz

  • http://hayatilabunu@ymail.com atiesabah

    aslmkm,…saya guru kafa mewakili semua guru kafa sabah hendak memohon jasa baik kepada semua pihak yang terlibat untuk menaikkan,. elaun kafa ini,.,. kami bersyukur dengan elaun rm500 ni,.,.tapi kdang2 ksyukuran kami hanya setakat 1 minit,.,sedangkan menunggu duit ni selama 30 hari,. kalau banyak tu mungkin dalam 2 minggu jg syukur,.,. tapi setakat rm500 nak makan apa,..? sedangkan barang2 skrg ni mahal,.. kami rasa bagus lagi org miskin ,., kadang2 senang,,kadang2 susah,.. sedangkan kami yang mgharap rm500 setiap bulan seumur hidup,.,..kehidupan kami begitu ja,.., tolong la,.. bantu la kepada yang memerlukan,.., yang da perlu tu,tak perlu lah nak di tolong,.., bantu la orang miskin supaya senang,. yang senang biarkan mereka hidup senang…/ pleeeeeeeseeeeeee

  • zaman

    salam….kami guru2 kafa di sarawak adalah golongan meskin tegar….minta perhatian kepada kerajaan pusat untuk menangani masalah kemeskinin yang di hadapi kami…kerajaan negeri sarawak tidak mengambil endah langsung tentang kemeskinan kami …semoga pihak kerajaan pusat dapat pertimbangkan keadaan kami disini.

  • qulilhaq walakanamurra

    bila politik je mula mcm2 komen….bosan dgr!! sebab tu lah yg senangnya berpegang pada yang hak pegangan yang betul jangan duk nilai orang2 nya tapi dasarnya manusia semua tak sempurna klu nk tuduh menuduh n nk pilih yang ini dan itu sampai bila2 takkan sudah…bila dasarnya dah betul walaupun orang yang menjalankannya menyeleweng ke apa ke kita berpahala…intansurullahhayansurukum

  • qulilhaq walakanamurra

    orang umno semua omosional dia orang je yang betul gayanya apa yang pembangkang buat semua mcm tak kena tak pernah nampak ok….kebijakan puak2 mu jelah yang ok gayanya kat bumi nih,kasi peluanglah nak tengok pembangkak plak memerintah jadi kerajaan ok ke tak pembangkang tak de power mcm mana nk sempurna pergerakannya buat apa2 sekadar yang mampu je dulu tu pun dah nk memekak tak betul lah apa lah fenin betul

  • Dayangeina

    salam semua mang ptut elaun grukafa bgi sarawak d naik kan.sekarang je hnya menikmati gji 8rtus je sebulan,mane ckup untuk prbelanjaan,prbelanjaan harian,anak sekolah.and suami pun bukan bekerja d bgian pnjawat awam..sekarang pun semenanjung dh naik lbh seribu dan d srawak hnye 8rtus je..harap d pertimbangkn lagi bgi kenaikan gji untk gru kafa d srawak.sekian trima kaseh.

Beli Buku Saya

Mendepani Zaman Moving Forward
Beli Buku Saya: Mendepani Zaman - Melayu untuk Abad ke-21 RM24.90 dari Kinibooks
Buy My Book: Moving Forward - Malays for the 21st Century RM24.90 from Kinibooks

Blogroll

Main